SHARE KAN PADA KAWAN YG LAIN

Rupanya yang balik tu bukan suami aku. Aku mamai mlm tu pelik suami balik mata merah dan badan berlumpur.

Sharing is caring!

Okey min, jangan guna nama sebenar aku eh. Panggil aku Mira. Aku tinggal di Melaka tetapi aku berasal dari Sabah. Suami aku pun berasal dari negeri yang sama.

Dia bekerja di Melaka sebagai askar. Well, korang tahu kan askar. Sekejap posting sana, sekejap posting sini, kursus, tugasan tak mengira masa, on call.

Aku tinggal di kuarters tentera. Pertama kali aku datang ke sini pada tahun 2013, bulan September. Teruja weh dapat pijak bumi Semenanjung ni.

Tetapi keterujaan itu tidak lama sebab baru seminggu sampai di sini, suami aku kena detail pergi Kuala Lumpur, ada kawad.

Aku? Ditinggalkan seorang diri dengan jiran-jiran yang aku belum kenal sangat. Aku tak sedih suami pergi ke Kuala Lumpur sebab sudah terbiasa juga berjauhan dengannya. Apa yang sedih ialah, inilah cerita yang aku nak cerita.

Malam pertama aku tinggal seorang diri. Aku tengah khusyuk melayan cerita Korea, tiba-tiba terdengar bunyi pintu ditutup dengan agak kuat, di bilik belakang depan dapur.

Aku tahulah itu pintu bilik rumah aku sebab kalau pintu rumah jiran, takkan kuat sangat sampai boleh didengari dengan begitu jelas?

Aku ingatkan angin, sebab di kawasan kuartes ini memang agak berangin sikit. Jadi aku buat tak endah sajalah.

Kemudian aku rasa mengantuk, nak pergi tidur dah. Disebabkan aku seorang, aku biarkan saja pintu itu terbuka. Dah pastikan semua pintu tingkap dikunci. Aku padamkan lampu,

aku memang tak boleh tidur kalau ada cahaya walau sedikit pun. Tetapi entah kenapa mata tiba-tiba segar. Kejap beralih ke kiri, ke nanan, tak selesa.

Dah jam dua pagi, tiba-tiba aku dengar bunyi lesung ditumbuk sebab bilik dekat dengan dapur kan, jadi memang dengar dengan jelas.

Tetapi bukan dapur aku, dapur orang atas. Tak apalah, mungkin kelaparan nak masak masakan yang istimewa agaknya sampai tumbuk-tumbuk lesung. Aku layankan sajalah.

Kemudian bunyi lesung ditumbuk itu berhenti. Tiba-tiba terdengar pula bunyi berlari-lari di ruang tamu. Bila aku jenguk sikit dari pintu bilik sebab pintu tak bertutup,

aku nampak ada seorang budak pakai seluar pendek berwarna merah tengah melompat-lompat. Tetapi aku ingatkan bayang aku saja sebab dah mamai-mamai nak tidur.

Lagipun tak jelas sangat sebab aku dah off lampu ruang tamu. Ada cahaya pun sikit saja dari lampu balkoni.

Tetapi seluar pendek merah? Ah! Khayalan aku je kot? Aku pun berkhayal-khayal seketika pasal travel pergi Mexico, sampai tak sedar bila tertidur. Aku terbangun bila nak pergi ke bilik air.

Tetapi aku bangun mata terpejam-pejam lagi sebab mengantuk. Waktu aku nak masuk ek bilik air tu, aku terjeling pintu dapur. Eh? Budak seluar merah senyum menyeringai kat aku.

Aku terkaku, budak itu masih ada di depan. Dia tunjuk botol susu, pastu aku tak ingat apa yang berlaku pada aku.

Bangun-bangun saja, separuh badan aku dalam tandas. Aku pengsan kot? Aku terus mesej suami aku dan beritahu tentang budak seluar merah. Tetapi dia tak percaya,

dia kata aku terlalu banyak tengok cerita seeram. Tak percaya tak apa, tunggu satu hari nanti kau kena sendiri baru tahu.

Aku memanglah takut, nasib baik hari dah siang. Tetapi malam nanti macam mana? Aku decide tidur di ruang tamu. Biar semua lampu on.

Aku pergi masuk bilik tengah, nak mengemas, terjumpa kertas kecil dengan tulisan Thai dalam uncang hitam di belakang almari.

Aku tak ambil kisah sangat, aku buang saja benda itu. Aku tak beritahu pun suami aku, nanti dia kata aku apa lagi? Waktu aku pegang uncang yang ada kertas kuning itu kan,

tiba-tiba ada angin lalu tengkuk aku. Pandang kiri kanan, pastu dengan panik terus keluar dari situ. Aku terpaksa beritahu juga kepada suami aku.

Suami marah dan kata aku memandai-mandai buang benda itu sebarangan sedangkan tak tahu apa bendanya itu. Tetapi aku dah buang kot? Okey, waktu dah malam.

Aku angkat bantal dan selimut baring di sofa sambil tengok tv. Lampu memang on. Seriau bila teringat budak seluar merah. Aku terlelap tak ingat jam berapa, tv yang tengok aku. Aku terjaga bila suami kejutkan aku.

“Kenapa tidur sini?” katanya. Tetapi wajah dia pelik, macam bengkak, mata pun merah. “Kenapa balik tak beritahu?” soal aku. Dia diam saja.

Aku sambung tidur. Bila dah bangun pagi, Ya Allah, kenapalah kotor sangat ni? Banyak tapak kasut dan bekas lumpur. Ini mesti suami aku punya kerja fikir aku.

Dengan langkah gedik pergi ke bilik mencari suami tetapi tak ada. Aku call dia, nasib baik dia jawab. Aku terus meroyan marah-marah dia.

“Kenapa balik semalam berjalan satu rumah dengan kasut kotor?! Ni siapa yang nak bersihkan ni?” aku kata. “Eh?! Bila saya balik ni? Awak mimpi ke apa? Kan saya berada di Kuala Lumpur sampai Sabtu ini,” kata suami.

Rasa ada satu tumbukan kuat di dada. Aku yang belum mandi taktuntuang dengan rambut serabai berlari keluar pergi ke rumah jiran bawah orang Sarawak. Terkejut diorang tengok aku pucat gila. Biru kot muka aku.

Aku cerita apa yang berlaku. Kemudian baru aku tahu, rumah yang aku duduk itu dah lama tak ada anggota duduk. Dah tiga tahun kot? Orang yang duduk di situ sebelumnya maati lemas di kolam belakang kuarters ini sebab nak selamatkan budak yang terjatuh.

Kemudian tentang budak seluar merah itu pula, itu anak yang maati lemas dia meningggal juga sebelum tersedak susu.

Jiran kemudian call suami aku, petang itu juga suami balik atas alasan kebajikan. Ayat-ayat dalam askar untuk hal-hal kecemasan. Aku memang tak masuk dah rumah itu. Malam itu kami tidur di hotel,

takut punya pasal. Yang kemas-kemas barang untuk pindah pun suami dengan kawan-kawan dia. Aku tak jejak kaki langsung. Aku tunggu dalam trak tiga tan. Kami dah pindah ke rumah sewa di perumahan awam. Tak nak dah duduk rumah free.

Aku masih ingat lagi senyuman budak seluar merah. Hanya Al-Fatihah yang aku dapat sedekahkan. Tentang uncang dengan kertas kuning itu sebenarnya pendinding kata jiran aku, sebab dia pun ada.

Sumber : ekisah